Karl-Heinz Riedle
Karl-Heinz Riedle

Karl-Heinz Riedle

Karl-Heinz Riedle (lahir 16 September 1965) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi penyerang.Sebagai seorang penyerang berprolifik, beliau digelar "Air" kerana kemahirannya menanduknya di udara. Beliau tampil dalam 207 perlawanan Bundesliga sepanjang lapan musim dan menjaringkan gol dengan jumah 134 gol masing-masing untuk kelab Werder Bremen dan Borussia Dortmund. Beliau turut beraksi untuk Lazio di Itali dan Liverpool di England.Beliau mewakili pasukan kebangsaan Jerman dengan tampil ke kejohanan dua edisi Piala Dunia dan Euro 1992. Salah satu daripadanya iaitu edisi 1990, pasukannya menjulang trofi berprestij itu.